Semakin ramai yang mula sedar akan kepentingan mengambil hibah untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga mereka setelah mereka meninggal dunia.
Mungkin anda juga berhasrat untuk mengambil plan hibah sebagai perlindungan pendapatan keluarga anda.
Namun, adakah anda tahu bagaimana ingin pilih plan hibah yang terbaik buat anda?
Jika anda bertanya kepada ejen takaful, semua akan mengatakan plan mereka adalah yang terbaik tak kira syarikat takaful yang mana.
Tak salah kalau anda ingin dapatkan nasihat dan pendapat ejen takaful, namun ada beberapa tips yang anda perlu tahu untuk memilih plan hibah yang terbaik untuk anda.
Jom baca artikel kali ini sampai habis untuk mengetahui tips-tips yang akan kami kongsi sebentar lagi.
.
- Fahami konsep Hibah Takaful
.
Sebelum anda mengambil plan Hibah Takaful, anda wajib fahamkan dahulu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Hibah Takaful ini.
Hibah Takaful ini merupakan pampasan yang akan diberikan kepada penerima hibah yang telah dinamakan setelah peserta takaful meninggal dunia.
Penerima mempunyai hak mutlak ke atas harta yang dihibahkan dan tidak tertakluk kepada wasiat dan hukum faraid.
Kelebihan Hibah Takaful termasuk:
- Mengelakkan perebutan wang pampasan kerana penama hibah tidak boleh dipertikai akan haknya ke atas pampasan tersebut.
- Peserta takaful boleh menamakan sesiapa sahaja sebagai penerima hibah walaupun bukan ahli warisnya.
- Pampasan tidak memerlukan masa yang panjang untuk diuruskan.
.
- Ketahui jumlah pampasan yang anda perlukan
.
Secara idealnya, pampasan yang boleh dituntut oleh waris sebaiknya biarlah sekurang-kurangnya bersamaan dengan 10 tahun gaji.
Contohnya jika anda berpendapatan RM5 000, dalam 10 tahun gaji anda yang terkumpul adalah berjumlah RM5 000 x 12 x 10 = RM600 000.
Jadi, anda haruslah memilih plan takaful hayat hayat yang boleh memberi pampasan sebanyak RM600 000 jika berlakunya musibah kepada anda.
Mungkin ada ramai di luar sana yang tak tahu tentang ini. Bayaran bulanan mahal tapi nilai pampasan tak sampai RM100 000.
Rugi lah kalau macam ni.
Yang paling terkesan adalah isteri dan anak anda nanti setelah anda tiada.
Kalau anda nak tahu, untuk dapatkan manfaat takaful yang tinggi, hanya perlukan 5% gaji sahaja.
.
- Tahu bayaran bulanan yang sesuai untuk anda
.
Seperti yang dikatakan tadi, secara idealnya anda peruntukkan 5% daripada jumlah pendapatan keseluruhan untuk membayar perlindungan Hibah Takaful.
Contohnya jika pendapatan anda adalah RM5 000 sebulan, anda hanya perlu keluarkan sebanyak RM250 untuk membayar premium kepada syarikat Takaful.
Dengan bajet sebanyak itu, anda boleh gunakan dengan bijak untuk dapatkan plan Hibah Takaful yang terbaik supaya tidak membazir dan memaksimumkan perlindungan.
.
- Tempoh umur perlindungan
.
Secara purata, jangka hayat bagi lelaki di Malaysia adalah 73 tahun, manakala perempuan pula 79 tahun.
Selain memilih plan yang dapat memberikan peruntukan yang lebih banyak, anda juga perlu lihat kepada tempoh polisi yang dapat dilindungi.
Sebaiknya elakkan plan takaful yang mempunyai tempoh polisi kurang daripada umur 70 tahun.
Terutamanya untuk medical card kerana risiko penyakit adalah semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia.
Sebolehnya carilah polisi Hibah Takaful yang menyediakan perlindungan sehingga umur 100 tahun.
.
- Ada cashback
.
Contohnya jika anda mengambil plan Hibah Takaful sehingga umur 70 tahun dan ditakdirkan tiada apa-apa musibah yang berlaku kepada anda sepanjang tempoh tersebut.
Dengan plan yang menawarkan cashback, anda boleh mendapatkan sedikit pengembalian wang daripada caruman yang telah dibuat.
Biasanya plan ini adalah lebih mahal berbanding plan yang tiada cashback.
.
Kesimpulan
.
Dalam memilih plan hibah, penting untuk anda membuat perkiraan daripada beberapa aspek supaya tidak merugikan anda dan keluarga di kemudian hari.
Semoga dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak dalam memilih plan hibah. Selamat mencarum!