Kalau anda perasan, semakin ramai yang mengambil takaful sebagai perlindungan untuk diri dan keluarga.
Mungkin anda tertanya-tanya, perlindungan apakah sebenarnya yang boleh anda dapatkan di syarikat takaful?
Jom teruskan membaca untuk ketahui apakah jenis perlindungan yang ditawarkan di syarikat takaful dan bagaimana ia dapat melindungi anda jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Sebelum itu, kami ingin menjelaskan tentang perbezaaan insurans dan takaful kerana mungkin ada di antara anda yang masih keliru dengan kedua-dua kaedah perlindungan ini.
.
Maksud Insurans
.
Apabila anda mengambil insurans, ia akan melibatkan persetujuan antara anda dan syarikat insurans.
Persetujuan ini dikenali sebagai polisi dan anda perlu membuat bayaran yang digelar premium kepada syarikat insurans untuk menjadi pemegang polisi.
Setelah anda menjadi pemegang polisi, barulah anda boleh menikmati manfaat dan faedah yang ditawarkan syarikat insurans.
Syarikat insurans akan menggunakan premium yang dibayar untuk melabur, namun anda tidak boleh memilih bagaimana premium itu dilaburkan.
Hal ini boleh mengundang unsur Gharar (ketidakpastian), Maisir (judi) dan Riba (faedah) jika syarikat itu melabur di platform yang tidak patuh syariah.
.
Maksud Takaful
.
Takaful ini bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan konsep pertolongan bersama di antara peserta-peserta takaful.
Peserta takaful akan menyumbang ke suatu dana di mana dana ini akan memberi manfaat kewangan kepada peserta sekiranya berlaku perkara yang telah dipersetujui dalam polisi.
Sebenarnya jika dilihat dari segi konsep perlindungan kewangan, takaful ini tidak jauh beza dengan insurans konvensional.
Sumbangan yang dibuat peserta juga akan digunakan syarikat takaful untuk dilaburkan, namun syarikat takaful hanya akan melabur pada perniagaan-perniagaan yang patuh syariah sahaja.
.
Produk Takaful
.
Terdapat pelbagai jenis perlindungan yang anda boleh dapatkan di syarikat takaful. Seperti di syarikat Takaful IKHLAS, mereka menawarkan menawarkan perlindungan yang berikut:
.
- Motor
.
Perlindungan motor ini merupakan perlindungan kepada kenderaan bermotor anda.
Pelan perlindungan motor ini boleh memberikan manfaat perlindungan sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda yang berpunca daripada kemalangan, kebakaran atau kecurian.
Produk ini juga boleh membantu anda sekiranya terjadi kematian dan cedera anggota badan pihak ketiga.
.
- Kembara
.
Produk ini menawarkan perlindungan ketika anda berjalan atau melancong samada di dalam atau luar negara.
Terdapat juga pelan yang menawarkan perlindungan apabila anda menunaikan haji sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Anda boleh menuntut pampasan sehingga RM20,000 untuk orang dewasa dan RM5,000 untuk kanak-kanak jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal disebabkan kemalangan.
.
- Perlindungan Kediaman
.
Terdapat pelan menyeluruh yang melindungi isi rumah dan kediaman jika berlakunya kerosakan atau kerugian yang disebabkan kebakaran, kilat, letupan, banjir, dan bencana lain.
Anda juga boleh mendapatkan pelan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) untuk membantu selesaikan hutang rumah sekiranya berlaku kematian, sakit kritikal atau cacat kekal kepada anda.
Ini boleh mengurangkan beban keluarga anda kerana tidak perlu bimbang untuk membayar hutang rumah yang ditinggalkan.
.
- Kemalangan Diri
.
Produk perlindungan kemalangan diri ini boleh melindungi diri anda dan keluarga daripada menanggung beban kewangan jika berlaku musibah seperti yng telah dipersetujui terlebih dahulu.
Pampasan juga boleh dituntut jika berlakunya musibah seperti kecacatan kekal atau kematian akibat kemalangan.
Jika perlu dirawat di hospital, anda juga boleh mendapatkan elaun hospital harian di hospital panel yang tersenarai.
.
- Perlindungan
.
Produk perlindungan ini menggunakan konsep hibah di mana waris anda akan diberi pampasan sekiranya berlaku musibah kepada anda seperti kematian atau cacat kekal.
Terdapat juga pelan yang membolehkan anda nikmati ganjaran apabila anda berkahwin, melahirkan anak, menunaikan haji dan lain-lain.
.
- Simpanan
.
Anda boleh melakukan simpanan dan mendapatkan perlindungan kewangan pada masa yang sama.
Pelan Saving Primes Takaful boleh membantu anda menyimpan secara sistematik dan memberikan pulangan yang optimum daripada pelaburan anda dengan perlindungan individu.
Pampasan juga dapat dituntut sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh atau Kekal (HUMK).
.
- Kesihatan
.
Perlindungan kesihatan ini akan membantu anda secara kewangan dengan membiayai kos rawatan jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal seperti strok, sakit jantung dan kanser.
Anda juga boleh mendapatkan pendapatan harian hospital jika perlu dimasukkan ke hospital.
.
Kesimpulan Takaful Ikhlas
.
Demikian adalah produk-produk perlindungan yang ditawarkan di Takaful IKHLAS yang anda boleh dapatkan sebagai langkah melindungi diri anda dan keluarga.
Diharap perkongsian kali ini dapat memberi info yang positif untuk anda para pembaca.
Semoga bermanfaat!