Dalam artikel kali ini, kami akan sambung perkongsian tentang Takaful Al-Shams daripada bahagian mana yang kita berhenti di Part 1 sebelum ini.

Jika anda belum baca Part 1, pastikan anda baca dahulu kerana anda akan ketinggalan info-info penting yang ada di situ.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita sambung ke topik kita kali ini.

.

Manfaat Kematian Disebabkan Kemalangan

.

Jika berlaku kemalangan sehingga mengakibatkan kematian peserta takaful, bayaran yang diberikan adalah seperti berikut:

.

1. Kemalangan umum: 100% Jumlah Perlindungan Asas + Faedah Kematian

.

Ini akan tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM10 juta termasuk sebarang Manfaat Kematian Disebabkan Kemalangan di bawah sijil lain peserta takaful.

.

2. Kemalangan pengangkutan awam: 200% Jumlah Perlindungan Asas + Faedah Kematian

.

Manfaat ini hanya boleh dituntut jika kematian berlaku dalam tempoh 365 hari selepas kemalangan berlaku.

Peristiwa kemalangan yang dituntut haruslah berlaku ketika sedang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

.

3. Luar negara: 300% Jumlah Perlindungan Asas + Faedah Kematian

.

Had 90 hari tempoh melancong akan dikenakan kepada warganegara Malaysia atau Singapura yang melancong ke negara luar (selain Malaysia dan/atau Singapura).

Setelah tempoh 90 hari tersebut berlalu, manfaat ini tidak lagi boleh dituntut.

.

4. Kematian melibatkan keluarga

Jika berlaku kematian kepada ahli keluarga peserta takaful yang disebabkan kemalangan, sebanyak RM10 000 boleh dituntut untuk kematian setiap seorang, maksimum empat orang.

.

Manfaat Belas Kasihan

.

Jika berlaku kematian kepada peserta takaful, tambahan RM2 000 akan dibayar kepada waris beliau.

Namun, jika kematian itu disebabkan oleh sebab selain daripada kemalangan dalam tempoh dua tahun pertama perjanjian, manfaat sebanyak RM2 000 tersebut tidak boleh dituntut.

.

Manfaat Istimewa Penjagaan Keluarga

.

Apabila seorang peserta takaful meninggal dunia (kecuali kematian yang bukan disebabkan kemalangan semasa dua tahun pertama), ahli keluarga beliau (maksimum empat orang) layak untuk mengambil bahagian adlam pelan perlindungan lain yang melindungi Kematian atau TDP untuk jumlah sehingga 25% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau maksimum RM3000 000 setiap orang.

Peserta boleh mendaftarkan ahli keluarga beliau pada bila-bila masa semasa perlindungan masih berkuat kuasa. Namun pendaftaran itu mesti dibuat semasa peserta masih hidup.

Ahli keluarga yang berdaftar tersebut harus gunakan keistimewaan ini dalam tempoh lima tahun selepas peserta tersebut meninggal dunia.

Setelah ahli keluarga mengambil bahagian di dalam sijil yang baru, mereka perlu melalui tempoh menunggu selama satu tahun untuk TPD atau kematian bukan disebabkan kemalangan.

Jika berlaku TPD atau kematian disebabkan kemalangan dalam tempoh tersebut, semua sumbangan akan dikembalikan dan sijil akan ditamatkan.

Perlindungan penuh akan mula berkuat kuasa daripada tahun kedua dan seterusnya.

.

Jumlah Perlindungan Asas

.

Jumlah perlindungan asas yang anda boleh perolehi adalah:

  • Minimum RM50 000
  • Maksimum RM300 000

.

Sumbangan 

.

Sumbangan minimum adalah seperti berikut:

  • Tahunan: RM576.65
  • Separa-Tahunan: RM288.32
  • Suku-Tahunan: RM144.16
  • Bulanan: RM50

.

Servis

.

Jika anda ingin membuat surrender untuk sijil, anda boleh berbuat demikian namun tiada nilai surrender yang boleh dibayar.

Anda juga tidak akan dikenakan caj untuk surrender. Sijil kemudiannya akan ditamatkan.

Selain itu, semua sumbangan yang tidak diperolehi akan dikembalikan semula.

Begitu juga dengan reinstatement, anda boleh berbuat demikian.

Jika sijil tersebut telah luput, anda boleh membuat reinstatement dalam tempoh satu tahun daripada tarikh akhir sumbangan dengan syarat:

  • Peserta takaful berada dalam lingkungan usia yang dibenarkan pada masa reinstatement.
  • Semua bayaran yang tertunggak telah dibayar semasa ingin membuat reinstatement.

.

Kesimpulan Takaful Al-Shams

.

Demikianlah perkongsian kami mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Takaful Al-Shams.

Diharap perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada anda sebelum anda membuat keputusan untuk membuat pilihan produk takaful sebagai perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga tersayang. Selamat mencarum!