Pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan medical card untuk diri sendiri atau ahli keluarga anda?
Sebenarnya, banyak manfaat dan faedah yang anda boleh nikmati dengan adanya medical card.
Kalau anda rasa anda masih sihat dan tidak memerlukan medical card, anda sedang membuat perkiraan yang salah. Kenapa?
Sebabnya ialah anda hanya boleh mendaftar di syarikat insurans semasa anda sihat sahaja.
Jika anda sudah disahkan menghidap penyakit dan barulah anda nak mendaftar insurans, permohonan anda tidak akan diterima.
Syarikat insurans tidak akan menanggung kos rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.
Berbalik kepada topik utama kita, kenapa anda perlu mencarum untuk insurans?
Ayuh ikuti artikel kami kali ini sampai habis kerana kami akan kongsikan tentang sebab-sebab kenapa anda perlu memiliki medical card.
.
Kenapa Anda Perlu Miliki Medical Card?
.
1. Kemalangan tidak boleh diduga
.
Bayangkan jika anda terlibat dalam kemalangan dan perlu untuk dimasukkan ke hospital.
Anda pula baru menghabiskan wang simpanan anda untuk membeli kereta baru dan kereta tersebut juga hancur di dalam kemalangan yang sama.
Sudahlah perlu menanggung kos rawatan hospital, duit simpanan dah habis. Menyesal tak mencarum awal-awal.
Bukan kita nak meminta perkara begini berlaku. Bak kata pepatah “malang tak berbau”, musibah begini memang kita tak boleh duga.
Sebab itulah penting untuk anda dapatkan medical card awal-awal sebelum perkara begini berlaku.
Sekurang-kurangnya boleh meringankan beban anda dengan membiayai kos rawatan di hospital.
.
2. Kos rawatan tinggi
.
Selain kos sara hidup, kos rawatan di hospital juga semakin tinggi saban hari.
Terutamanya untuk penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya, memang licin wang simpanan jika nak membayar kos rawatannya.
Penyakit seperti ini juga tak boleh diduga, kadang-kadang boleh datang secara tiba-tiba sahaja.
Sebab itulah pentingnya untuk mendapatkan medical card ini semasa muda dan masih sihat.
Dikhuatiri nanti terpaksa menggadai kereta, rumah dan sebagainya semata-mata mahu membayar kos rawatan yang tinggi di hospital.
Dengan medical card, anda tidak perlu risau kerana syarikat insurans akan menanggung kos rawatan anda selagi had tahunan dan had seumur anda tidak tercapai.
.
3. Pengekalan aset
.
Seperti yang disebut tadi, anda mungkin perlu menggadai aset-aset seperti kereta, rumah dan sebagainya untuk menanggung kos rawatan hospital yang tinggi jika berlaku musibah kepada anda.
Dengan medical card, aset-aset anda tidak perlu dicairkan kerana anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar kos rawatan anda.
Syarikat insurans akan membiayai kos-kos yang telah dipersetujui selagi had maksima anda tidak tercapai.
.
4. Manfaat tempat kerja yang rendah
.
Sesetengah syarikat akan menyediakan manfaat perlindungan kesihatan kepada pekerja-pekerja mereka.
Namun perlindungan yang ditawarkan mungkin tidak meliputi banyak jenis keadaan dan peruntukan yang kecil.
Tambahan pula, manfaat perlindungan ini hanya akan berkuat kuasa selagi anda bekerja di syarikat itu sahaja.
Selepas anda bersara atau diberhentikn kerana tidak mampu bekerja akibat sakit dan sebagainya, anda tidak lagi dilindungi oleh syarikat tersebut.
Justeru, anda wajib memiliki medical card sendiri untuk melindungi diri anda dengan lebih baik.
.
5. Mengelakkan muflis
.
Memiliki medical card tidak akan menjadikan anda kaya, tidak dinafikan lagi.
Namun, anda boleh jatuh muflis tanpanya kerana terbeban dengan kos rawatan hospital yang tinggi.
Misal kata anda memerlukan rawatan untuk sakit jantung dan memakan kos sehingga RM100 000, medical card boleh menyelamatkan aset anda daripada digadai.
Bukan semua orang ada wang simpanan atau aset sebernilai itu.
.
Kesimpulan Kenapa Perlu Ada Medical Card?
.
Jika anda masih muda dan sihat sekarang, mesti anda tidak merasakan kepentingan memiliki medical card ini.
Namun begitu, sesiapa sahaja pasti menyesal setelah musibah telah melanda tetapi masih belum mendaftar untuk insurans.
Semoga dengan perkongsian kali ini dapat memberikan anda kesedaran tentang pentingnya medical card pada masa sekarang. Jaga diri dan keluarga!