Adakah anda sedang mempertimbangkan untuk mengambil perlindungan takaful buat persediaan di hari susah?

Takaful Ikhlas merupakan salah satu pilihan takaful terbaik yang menyediakan perlindungan keseluruhan yang membolehkan anda untuk menjalani kehidupan bersama orang tersayang dengan penuh bermakna.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan ceritakan kepada anda mengenai Takaful Ikhlas dan kenapa ia merupakan pilihan takaful yang terbaik untuk anda.

Anda boleh take note dengan akronim ini: S.A.M.A. Ia bermaksud:

S: Sentiasa melindungi anda dengan perlindungn yang meluas.

A: ADE – bayaran segera tanpa sebarang pertanyaan.

M: Mampu milik.

A: Aneka pilihan rider.

.

Kelebihan Takaful Ikhlas

.

Antara kelebihan Takaful Ikhlas yang membuatkan ia menjadi pilihan ramai adalah:

.

Accelerated Death Expense (ADE)

.

Dengan adanya ADE, keluarga anda boleh mendapat bantuan kewangan secara segera sehingga 10 peratus daripada jumlah perlindungan asas atau RM20 000.

.

Manfaat Kematian

.

Jika anda ditakdirkan untuk meninggal dunia, baki jumlah perlindungan dan Dana Individu Peserta akan dibayar kepada keluarga yang anda tinggalkan.

.

Top-Up

.

Anda boleh memilih untuk membuat top-up secara berkala atau ad-hoc untuk menambahkan nilai dalam simpanan anda.

.

Pengeluaran Sebahagian

.

Anda boleh membuat pengeluaran tunai daripada simpanan anda untuk kegunaan peribadi.

.

Manfaat Kematangan 

.

APabila sijil anda telah matang. anda boleh menikmati manfaat secara tunai daripada nilai simpanan anda.

.

Pilihan Rider yang anda boleh nikmati

.

TPD Rider

.

Pelan rider ini akan memberikan perlindungan kepada anda jika berlaku kemalangan yang menyebabkan hilang upaya menyeluruh dan kekal.

.

TPD Waiver Rider

.

Pelan rider ini boleh membantu anda untuk membayar sumbangan takaful anda selepas anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.

.

ADD Rider

.

Jika berlaku kemalangan, pelan ini dapat memberi perlindungan kepada anda dengan membayar manfaat secara sekaligus.

Tambahan pula, jumlah dua kali ganda akan diberikan jika kemalangan tersebut menyebabkan kematian ketika menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

.

CPA Rider

.

Anda akan mendapat perlindungan menyeluruh jika berlaku kemalangan dengan membayar manfaat secara sekaligus.

Di samping itu, dengan pelan ini anda akan dibayar sejumlah wang yang bersamaan dengan pendapatan mingguan dan juga membiayai kos rawatan dan pembedahan anda.

.

HIB Rider

.

Anda akan diberikan pendapatan harian sebagai ganti rugi jika perlu dimasukkan ke hospital dan tidak boleh bekerja buat tempoh masa tersebut.

.

Medical Rider

.

Anda boleh menikmati perlindungan perubatan yang menyeluruh termasuk manfaat imunisasi.

.

CI Rider

.

Dengan pelan ini, anda akan mendapat perlindungan jika anda disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal seperti strok, sakit jantung, kanser dan sebagainya.

.

CI Waiver Rider

.

Pelan rider ini boleh membantu anda untuk membayar sumbangan takaful anda selepas anda disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal.

.

Comprehensive CI Rider

.

Dengan pelan ini, anda boleh menikmati perlindungan yang akan meringankan beban anda dengan penyakit kritikal daripada tahap awal hingga akhir.

.

Child CI Rider

.

Dengan pelan ini, ia boleh menyediakan perlindungan terhadap penyakit tertentu kanak-kanak.

.

Child Waiver Rider

.

Sama juga seperti pelan waiver yang lain, ia akan membantu untuk membayar sumbangan di masa depan jika anak anda disahkan menghidap salah satu penyakit kanak-kanak.

.

Payor Rider

.

Pelan ini boleh membantu membayar sumbangan jika anda meninggal dunia, terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan hilang upaya menyeluruh dan kekal, atau disahkan menghidap penyakit kritikal.

.

Kesimpulan Kelebihan Takaful Ikhlas

.

Demikianlah sedikit ringkasan tentang kelebihan Takaful Ikhlas dan pelan-pelan rider yang ditawarkan oleh mereka.

Diharap perkongsian kami kali ini dapat memudahkan anda untuk membuat pilihan perlindungan takaful untuk anda dan keluarga. Semoga bermanfaat!