AIA telah membantu keluarga di seluruh Asia selama lebih 100 tahun untuk merancang, melindungi dan bersedia menghadapi kesukaran kehidupan.

Mereka sangat berpengalaman dan boleh membantu berjuta orang mencapai impian dan memudahkan urusan mereka ketika masa susah.

AIA Public Takaful telah ditubuhkan pada 11 Mac 2011 dan menggunakan kedudukan AIA dan Kumpulan PBB sebagai peneraju serta rangkaian infrastruktur dan pengedaran yang kukuh dalam industri insurans dan perbankan.

Ini telah meletakkan mereka di kedudukan yang selesa dalam pasaran domestik bagi Takaful Keluarga.

Mereka menawarkan perlindungan kewangan yang terbaik dalam memenuhi keperluan pelanggan mengikut garis panduan yang ditetapkan syariah.

.

Produk yang ditawarkan

.

AIA Public Takaful menawarkan pelbagai produk yang sesuai untuk individu dan juga untuk perniagaan.

Anda boleh memilih pelan produk yang sesuai dengan anda mengikut kemampuan dan keperluan semasa anda.

Antara produk untuk individu yang ditawarkan oleh AIA Public Takaful adalah:

.

  1. Perlindungan Hayat

.

Terdapat pelan yang menawarkan perlindungan kewangan sehingga umur 70 dan 80 tahun.

Contohnya pelan “A-Life Legasi Beyond” iaitu sebuah pelan Takaful Berkaitan Pelaburan dengan caruman berkala yang menyediakan sehingga enam kali ganda jumlah perlindungan.

Anda juga boleh menikmati ganjaran jika anda kekal berdisiplin dalam menguruskan kewangan dengan Legasi Rewards dan Legasi Booster.

.

  1. Perlindungan Perubatan

.

Statistik menunjukkan jangka hayat purata rakyat Malaysia semakin bertambah.

Ini merupakan suatu perkara yang bagus kerana rakyat Malaysia hidup dengan lebih lama.

Namun, jangka hayat yang semakin panjang turut datang dengan masalahnya yang tersendiri.

Terutamanya risiko penyakit akan bertambah jika anda semakin meningkat umur.

Tambahan pula kos rawatan yang kian meningkat pada masa kini membuatkan perlindungan perubatan semakin menjadi satu keperluan yang penting untuk anda.

Di AIA Takaful, terdapat pelbagai jenis pelan perlindungan perubatan yang anda boleh pilih.

Terdapat pelan perlindungan kesihatan menyeluruh yang menyediakan perlindungan untuk anda dan keluarga anda.

Anda juga boleh membuat tuntutan sehingga RM300 setahun dalam Health Wallet untuk membiayai kos pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi.

Ia juga menawarkan perlindungan perubatan komprehensif sehingga RM2 juta setahun.

.

  1. Simpanan dan Pelaburan

.

Produk ini menawarkan pelan-pelan untuk anda menabung dan membuat pelaburan dan boleh dikeluarkan untuk kegunaan peribadi.

Untuk ibu bapa, anda juga boleh menyediakan simpanan jangka masa panjang untuk anak-anak anda supaya mereka boleh bersiap sedia ketika ingin memulakan perjalanan hidup mereka.

Anda juga boleh menikmati pulangan yang lebih tinggi dengan peluang pelaburan jangka masa panjang melalui pertubuhan global yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.

.

  1. Insurans Kenderaan

.

Produk ini memberikan perlindungan terhadap kenderaan bermotor anda jika berlakunya kerosakan atau kehilangan semasa di jalan raya.

Terdapat pelan perlindungan kenderaan yang bukan hanya melindungi kenderaan anda, malah menawarkan perlindungan kemalangan diri untuk anda sekeluarga jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati diskaun sebanyak 5% untuk kereta kedua dan seterusnya jika anda dan ahli keluarga mendapatkan perlindungan untuk lebih dari sebuah kereta dalam satu isi rumah.

Selain daripada produk perlindungan untuk individu, AIA Takaful juga menyediakan produk perlindungan untuk perniagaan. Antara produknya adalah:

.

  1. Manfaat Pekerja

.

Dengan produk ini, anda dapat melindungi aset paling penting syarikat anda melalui pelan-pelan yang ditawarkan.

Terdapat pelan perlindungan yang menawarkan penyelesaian insurans yang komprehensif kepada perusahaan kecil dan sederhana yang melindungi pekerja anda.

Pekerja juga boleh mendapatkan sendiri perlindungan perubatan mudah alih untuk diri sendiri dan ahli keluarga mereka untuk meluaskan lagi liputan perlindungan yang boleh mereka dapat.

.

  1. Insurans Komersial

.

AIA Takaful juga menawarkan perlindungan komprehensif untuk perniagaan kedai runcit, restoran, pejabat dan sebagainya untuk melindungi perniagaan anda daripada musibah yang tidak boleh dijangka.

Anda boleh memilih pelan yang ditawarkan mengikut kesesuaian dan kehendak semasa perniagaan anda.

.

Kesimpulan AIA Takaful

.

Demikian adalah penjelasan secara ringkas tentang AIA PUBLIC Takaful dan beberapa produk yang ditawarkan oleh mereka.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan anda info yang bermanfaat jika anda berhasrat untuk mendapatkan perlindungan untuk diri anda dan keluarga tersayang.