Mesti seronok kan bila dapat jalan-jalan dan melancong ke luar negara bersama keluarga tersayang?
Namun, dalam keseronokan melancong tak kira di dalam atau luar negara, anda perlu sentiasa ingat bahawa musibah boleh berlaku pada bila-bila masa walau di mana jua.
Insurans perjalanan ini sering dipandang remeh oleh kebanyakan orang walaupun ianya penting begi menyiapkan perlindungan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa perjalanan melancong.
Pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai insurans perjalanan dan bagaimanakan ia berfungsi sebagai perlindungan untuk anda semasa melancong di dalam mahupun luar negara.
Bayangkan jika anda tidak mempunyai insurans perjalanan, dan terpaksa dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan yang tidak dijangka semasa melancong ke luar negara.
Pasti akan mengganggu perjalanan anda dan terpaksa membayar kos hospital yang sangat mahal di luar negara.
Di sinilah kita dapat lihat pentingnya untuk anda memiliki insurans perjalanan sebagai langkah perlindungan anda dan orang tersayang.
.
Maksud Insurans Perjalanan
.
Insurans perjalanan merupakan sejenis insurans yang diambil untuk memberi perlindungan untuk anda semasa melancong yang merangkumi musibah seperti kemalangan, kerugian atau gangguan semasa perjalanan.
Pada kebiasaannya, tempoh kuat kuasa untuk insurans ini hanya terhad semasa waktu perjalanan anda sahaja.
Sebahagian syarikat insurans akan menawarkan beberapa perlindungan tambahan untuk memenuhi keperluan dan kemahuan perlindungan buat anda dan keluarga.
.
Perlindungan Lazim Yang Ditawarkan Syarikat Insurans
.
- Kemalangan diri
.
Jika berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal kepada anda, syarikat insurans akan memberikan sejumlah wang pampasan kepada anda berdasarkan nilai manfaat yang berbeza di setiap syarikat insurans.
.
- Belanja perubatan
.
Perlindungan ini akan membantu anda membiayai kos rawatan, pembedahan, yuran hospital dan sebarang kos berkaitan jika anda dimasukkan ke hospital.
.
Anda juga boleh menerima elaun harian jika dimasukkan ke hospital melebihi 24 jam sehingga bilangan hari maksimum.
.
- Hilang deposit perjalanan atau memendekkan perjalanan
.
Jika anda mengalami kerugian dalam belanja perjalanan, anda akan diberikan bayaran ganti rugi belanja yang anda tanggung.
Anda juga boleh menerima ganti rugi tempat penginapan jika anda ingin memendekkan perjalanan.
.
- Hilang barang peribadi atau wang
.
Misal kata anda kehilangan barang peribadi atau wang semasa menaiki kenderaan awam seperti teksi dan sebagainya, anda boleh mendapat pampasan daripada perlindungan ini.
.
- Kehilangan pasport
.
Jika pasport anda hilang semasa perjalanan, anda layak menerima pampasan untuk belanja hotel, makan dan lain-lain sementara menunggu pasport baru anda siap.
.
- Liabiliti diri
.
Jika anda ada menyebabkan kecederaan tubuh badan pada pihak ketiga, atau kerosakan dan kerugian harta benda pihak ketiga, anda boleh mendapat perlindungan liabiliti di sisi undang-undang.
.
- Bagasi
.
Sekiranya bagasi anda hilang untuk tempoh 12 jam selepas tiba di destinasi, anda akan diberikan pampasan untuk perbelanjaan membeli pakaian dan barangan penting.
.
- Kelewatan perjalanan
.
Anda layak menerima pampasan jika berlaku kelewatan atau penundaan penerbangan melebihi 12 jam mengikut kadar yang ditetapkan syarikat insurans anda.
.
- Rampasan kenderaan
.
Jika terjadi rampasan kenderaan yang mengganggu perjalanan anda melebihi tempoh 12 jam, anda akan dibayar secara harian oleh syarikat insurans, tertakluk kepada bilangan hari maksimum.
.
- Penghantaran jenazah
.
Seandainya berlaku kematian dan jenazah tersebut ingin dibawa pulang, pampasan akan diberikan kepada wakil yang sah kepada pemegang polisi untuk menanggung perbelanjaan membawa pulang jenazah.
.
Apa yang perlu anda lakukan jika berlaku musibah semasa melancong?
.
Sekiranya berlaku sebarang perkara yang menyebabkan kerugian, pastikan anda menghubungi talian kecemasan 24 dengan secepat mungkin.
Anda juga perlu ingat, walaupun anda dilindungi insurans, anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga dalam melindungi dan menyelamatkan barang peribadi anda.
Terutamanya keselamatan keluarga anda, itu yang paling penting untuk anda sentiasa lindungi.
Jika anda rasakan seperti tidak selamat atau dalam bahaya, segera hubungi pihak polis atau pihak yang berkaitan.
Anda juga harus memaklumkan kepada syarikat insurans anda dengan secepat mungkin supaya mereka tahu tentang keadaan anda.
.
Kesimpulan Insurans Perjalanan
.
Apabila anda berjalan ke tempat orang, anda mesti sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan yang anda lakukan supaya dijauhi perkara yang tidak diingini.
Anda juga harus memilih syarikat insurans yang tepat supaya keselamatan dan kesejahteraan anda terjaga oleh pihak yang jujur.
Apapun semoga perkongsian kali ini dapat memberikan info berguna untuk anda mengenai insurans perjalanan. Selamat melancong!