Kenapa anda perlu untuk mengambil takaful sebagai perlindungan di masa susah?

Mungkin ramai yang masih bertanyakan soalan ini kerana belum pasti dengan produk-produk takaful yang ada.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan jawab pertanyaan mengenai sebab-sebab kenapa anda perlu ada perlindungan takaful dan kenapa Takaful Al-Syams adalah pilihan pilihan terbaik buat anda.

Pertama sekali, mari kita lihat kepada kepentingan perlindungan takaful.

.

Kenapa anda perlu ada perlindungan takaful?

.

Masih terdapat sekitar 70% daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang masih belum terlindung dengan takaful.

Sebenarnya perlindungan takaful boleh melindungi anda di masa musibah yang tidak dijangka berlaku.

Contohnya jika anda terlibat dalam kemalangan dan sebagainya, anda atau waris anda boleh menuntut sejumlah wang untuk meringankan beban yang terhasil daripada kemalangan tersebut.

Ia juga boleh melangsaikan hutang yang belum selesai jika berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada peserta takaful.

Bayangkan jika anda tidak terlindung dengan takaful.

“Sudah jatuh ditimpa tangga”, itulah peribahasa yang sesuai dengan keadaan ini.

Katakan kemalangan yang berlaku menyebabkan anda tidak mampu untuk bekerja lagi, namun anda masih perlukan wang untuk meneruskan hidup dan bayar hutang rumah dan sebagainya. Anda juga perlu membiayai kos rawatan jika perlu dimasukkan ke hospital.

Sekurang-kurangnya dengan perlindungan takaful ini, bolehlah ringankan beban kewangan anda.

.

Kenapa pilih Takaful Al-Syams?

.

Banyak kelebihan dan manfaat yang anda boleh perolehi jika anda mencarum dengan Takaful Al-Syams.

Untuk mendaftar, prosesnya sangat mudah dan sesiapa sahaja boleh mendaftar.

Anda tak perlu sediakan underwriting kesihatan dan boleh terus sahaja memohon untuk pelan takaful.

Bayaran untuk caruman juga berpatutan dan anda sudah boleh menikmati manfaat perlindungan yang menyeluruh.

Selain itu, orang tersayang anda juga boleh menikmati manfaat dengan perlindungan tambahan untuk ahli keluarga.

Jika berlaku kematian yang disebabkan kemalangan, anda boleh menuntut sehingga RM10 000 untuk empat orang ahli keluarga.

Ahli keluarga juga layak untuk turut serta dalam pelan takaful Zurich tanpa perlu underwriting jika berlaku kematian kepada peserta takaful.

Takaful Al-Syams secara ringkasnya:

  • Manfaat Kematian Disebabkan Kemalangan
  • Golden Age Disability (GAD)
  • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh atau Kekal
  • Manfaat Kematian Disebabkan Kemalangan Untuk Keluarga
  • Manfaat Pemulihan Tahunan Hilang Upaya Menyeluruh atau Kekal
  • Manfaat Belas Kasihan
  • Manfaat Istimewa Penjagaan Keluarga
  • Manfaat Kematian

.

Manfaat Kematian

.

Jika berlakunya kematian kepada peserta takaful, sejumlah wang akan dibayar kepada keluarganya.

Manfaat ini akan dibayar secara sekaligus, tolak sebarang bayaran yang perlu dibayar kepada syarikat takaful.

Selepas itu, sijil takaful juga akan ditamatkan.

Jika kematian itu bukan disebabkan kemalangan dan sijil berusia satu dan dua tahun, maka semua sumbangan yang telah dibuat oleh peserta takaful tersebut akan dipulangkan.

Jika sijil berusia tiga tahun dan keatas, jumlah wang yang akan diberikan bergantung kepada mana yang lebih tinggi, samada jumlah perlindungan asas atau jumlah sumbangan keseluruhan.

Jika kematian berlaku disebabkan kemalangan dan sijil berusia lebih satu tahun, sama juga seperti di atas di mana jumlah bayaran bergantung kepada mana yang lebih tinggi, samada jumlah perlindungan asas atau jumlah sumbangan keseluruhan.

.

Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh atau Kekal

.

Juga dipanggil sebagai Total Permanent Disability (TPD)

Maksud hilang upaya menyeluruh atau kekal ialah apabila terjadi keadaan yang berikut:

  • Kehilangan penglihatan menyeluruh dan kekal pada kedua-dua belah mata
  • Terputus kedua-dua tangan 
  • Terputus kedua-dua kaki
  • Gabungan kehilangan sebelah mata dan sebelah kaki atau tangan.

ATAU

Berlaku kecacatan kekal yang menghalang seseorang itu bekerja untuk menanggung perbelanjaan selepas berlakunya kemalangan.

Jika kecacatan itu bukan disebabkan kemalangan dan sijil berusia satu dan dua tahun, maka semua sumbangan yang telah dibuat oleh peserta takaful tersebut akan dipulangkan.

Jika sijil berusia tiga tahun dan keatas, jumlah wang yang akan diberikan bergantung kepada mana yang lebih tinggi, samada jumlah perlindungan asas atau jumlah sumbangan keseluruhan.

Jika kecacatan  berlaku disebabkan kemalangan dan sijil berusia lebih satu tahun, sama juga seperti di atas di mana jumlah bayaran bergantung kepada mana yang lebih tinggi, samada jumlah perlindungan asas atau jumlah sumbangan keseluruhan.

.

Manfaat Pemulihan Tahunan TPD

.

Jika berlaku kemalangan yang menyebabkan TPD, tambahan 5 peratus daripada jumlah perlindungan asas boleh diberikan selama 5 tahun bermula pada ulang tahun sijil yang seterusnya daripada kejadian kemalangan tersebut.

Jika peserta takaful tersebut meninggal sebelum selesai bayaran selama 5 tahun tersebut, baki yang belum dibayar akan diberikan kepada waris secara sekaligus.

.

Golden Age Disability (GAD)

.

GAD ini merupakan sebarang ketidakupayaan oleh peserta takaful selepas usia 75 tahun yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit di mana beliau tidak boleh melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada enam aktiviti harian atau Activities of Daily Living (ADL).

Enam aktiviti ADL adalah:

.

1. Makan

.

Semua perkara untuk memasukkan makanan ke dalam badan anda setelah makanan disediakan.

.

2. Penahanan 

.

Keupayaan untuk mengawal fungsi usus dan pundi kencing.

.

3. Berpakaian

.

Memakai dan membuka pakaian tanpa bantuan orang lain.

.

4. Pemindahan

.

Duduk dan bangun dari kerusi tanpa bantuan orang lain.

.

5. Mandi dan membasuh

.

Kemampuan untuk membersihkan diri dan mandi termasuk masuk dan keluar dari tandas atau bilik air.

.

6. Mobiliti

.

Kemampuan untuk bergerak dari ruangan ke satu ruangan yang lain tanpa bantuan orang lain.

Jika GAD itu bukan disebabkan kemalangan dan sijil berusia satu dan dua tahun, maka semua sumbangan yang telah dibuat oleh peserta takaful tersebut akan dipulangkan.

Jika sijil berusia tiga tahun dan keatas, jumlah wang yang akan diberikan bergantung kepada mana yang lebih tinggi, samada jumlah perlindungan asas atau jumlah sumbangan keseluruhan.

Jika GAD berlaku disebabkan kemalangan dan sijil berusia lebih satu tahun, sama juga seperti di atas di mana jumlah bayaran bergantung kepada mana yang lebih tinggi, samada jumlah perlindungan asas atau jumlah sumbangan keseluruhan.

.

Kesimpulan Takaful Al-Shams

.

Jika anda rasa info yang kami kongsikan kali ini bermanfaat, jangan lupa untuk klik ke bahagian seterusnya.

Kami akan sambung perkongsian mengenai Takaful Al-Shams dan kongsikan info-info yang belum diceritakan di sini. Jom teruskan membaca!