Sebahagian orang ramai berpendapat bahawa medical card adalah lebih penting berbanding Takaful atau hibah.

Sebahagian lain pula mengatakan Takaful atau hibah adalah lebih penting daripada medical card.

Sebenarnya, kedua-dua ini mempunyai kepentingan dan fungsi yang tersendiri bergantung pada keadaan dan keperluan individu tersebut.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan menceritakan tentang medical card dan takaful serta kepentingan kedua-dua produk ini pada waktu yang tertentu.

Pastikan anda baca sampai habis ya!

.

Medical Card

.

Medical card atau kad perubatan adalah kad yang membolehkan anda mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa perlu menggunakan tunai.

.

Kos rawatan akan dibiayai oleh syarikat insurans anda.

.

Fungsi medical card

.

Kad ini berfungsi untuk melindungi aset-aset anda sekiranya berlaku sebarang panyakit kepada anda yang memerlukan kos atau belanja yang besar.

Contohnya, jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal seperti sakit jantung dan memerlukan kos pembedahan sehingga RM100 000, anda boleh menggunakan medical card anda di hospital panel.

Anda tidak perlu mengeluarkan belanja kerana syarikat insurans akan menanggung kos rawatan tersebut.

.

Rawatan yang dilindungi medical card

.

Pada kebiasaannya, medical card akan melindungi jenis rawatan yang berikut:

.

a. Penyakit kritikal

.

Terdapat 36 jenis penyakit kritikal yang biasanya disenaraikan oleh kebanyakan syarikat insurans termasuk sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya.

.

b. Kos kemasukan hospital dan pembedahan

.

Ini merujuk kepada kos pendaftaran dan kemasukan ke hospital, pembedahan, ambulan, ubat-ubatan dan semua yang berkaitan.

.

c. Rawatan jangka panjang

.

Jenis rawatan yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk menyembuhkan pesakit seperti rawatan kemoterapi.

.

Takaful

.

Dikenali juga dengan istilah Pelan Takaful Hibah, Takaful Hayat, Takaful Nyawa atau Takaful Khairat.

.

Fungsi Takaful

.

a. Kematian

.

Jika seorang bapa atau ketua keluarga meninggal dunia, keluarganya mungkin akan berhadapan kesukaran untuk meneruskan kehidupan seharian akibat pendapat yang terjejas.

Takaful akan memberikan sejumlah wang pamapasan kepada keluarga atau waris pemegang polisi supaya dapat meringankan beban mereka setelah kehilangan tempat bergantung.

.

b. Hilang upaya atau lumpuh 

.

Jika anda hilang upaya kekal atau lumpuh, kemungkinan besar anda sudah mampu bekerja untuk mencari pendapatan lagi.

Dengan Takaful, anda boleh membuat tuntutan sebagai peserta Takaful untuk mendapatkan sejumlah wang dan boleh digunakan untuk meneruskan kehidupan dan sebagai perbelanjaan harian dan perubatan.

.

c. Sakit kritikal

.

Penyakit seperti kanser, sakit jantung, strok dan lain-lain penyakit kritikal memerlukan kos yang tinggi dan tempoh masa yang lama untuk sembuh.

Anda juga mungkin tidak mampu untuk bekerja kerana sakit kritikal ini dan ini bakal menjejaskan pendapat anda.

Anda boleh mendapatkan wang pampasan Takaful untuk membiayai kos rawatan anda dan juga sebagai pengganti pendapatan yang terjejas.

.

Medical card atau Takaful, mana yang lebih penting?

.

Untuk menentukan mana yang lebih penting, anda boleh melihat kepada faktor:

.

1. Status semasa

.

Jika anda masih bujang dan tidak menyara sesiapa, anda mungkin perlu mengutamakan medical card untuk perlindungan kesihatan diri sendiri.

Jika anda sudah berkahwin dan perlu menyara isteri dan anak, Takaful mungkin lebih penting untuk diutamakan.

Ini adalah untuk memastikan keluarga anda boleh terus menjalani kehidupan dengan baik jika terjadi apa-apa musibah kepada anda yang boleh menjejaskan pendapatan keluarga.

.

2. Umur dan tahap kesihatan

.

Jika anda masih muda dan sihat, inilah masa yang sesuai untuk anda mendapatkan medical card kerana setelah anda jatuh sakit, anda tidak lagi berkelayakan untuk mendapatkan insurans.

Jika ada wang lebih, anda juga boleh mengambil Takaful dan meletakkan ahli keluarga anda sebagai penama sekiranya berlaku sesuatu kepada anda.

Jika anda masih sihat walau di usia yang meningkat, anda juga harus bersedia dengan mengambil Takaful kerana risiko untuk penyakit datang semakin tinggi seiring dengan usia yang meningkat.

.

Kesimpulan

.

Medical card dan Takaful mempunyai fungsi dan kepentingan yang tersendiri.

Kedua-dua ini sebaiknya diambil ketika anda masih muda dan sihat kerana bayaran bulanan akan menjadi semakin tinggi jika umur semakin meningkat.

Apapun rancanglah ikut kemampuan dan anda juga boleh dapatkan nasihat pakar untuk membantu anda memilih antara kedua-dua pelan perlindungan ini.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi input yang berguna buat anda.