Tahukah anda bahawa Prudential BSN atau PruBSN adalah syarikat takaful yang telah lama bertapak di Malaysia dan dipercayai oleh orang ramai.

PruBSN menyediakan perlindungan kewangan kepada keluarga dan komuniti di seluruh Malaysia.

PruBSN telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan mendapat lesen daripada Bank Negara Malaysia.

Perlindungan takaful PruBSN adalah berdasarkan konsep ta’awun iaitu pertolongan bersama, dan menyediakan produk takaful yang meliputi bukan sahaja perlindungan hayat dan perubatan, malah juga perlindungan simpanan, pendidikan dan korporat.

Semua produk perlindungan ini juga adalah berlandaskan garis panduan yang ditetapkan hukum syarak.

Pada hari ini, PruBSN mempunyai lebih daripada 17 000 ejen takaful yang bertanggungjawab dalam menjaga keperluan dan kepentingan lebih 1 000 000 rakyat Malaysia.

Menggunakan proposisi “Takaful Untuk Semua. Untuk Kehidupan”, PruBSN berusaha untuk memberikan kesan yang positif dan berpanjangan bagi membantu untuk  bangunkan Malaysia melalui perlindungan kewangan dan pelaburan dalam pasaran modal.

.

Visi dan Misi PruBSN

.

Visi

.

Menjadi pengendali takaful pilihan pertama untuk rakyat dan komuniti.

.

Misi

.

Menjamin masa depan keluarga di Malaysia melalui penyelesaian inovatif yang dibina berasaskan nilai-nilai Islam.

.

Nilai teras PruBSN

.

1. Boleh dipercayai

.

Bertanggungjawab, jujur dan ikhlas dalam soal kerja dan peribadi.

.

2. Hormat

.

Menghormati sesama insan dan menjalinkan hubungan mesra.

.

3. Memahami

.

Para pelanggan dan kakitangan sentiasa diutamakan.

.

4. Senyum

.

Mempunyai sikap positif dan senyum selalu

.

5. Bekerjasama

.

Bersikap tolong menolong dan menghulurkan bantuan tanpa diminta.

.

Komitmen PruBSN Kepada Pelanggan

.

Sebagai tanda berterima kasih kerana telah mempercayai mereka sebagai pengendali takaful pilihan anda, mereka komited untuk berkhidmat dengan lebih cepat dan berkesan demi menjamin kepentingan dan keperluan kewangan anda.

.

Piagam Piagam

.

Mereka meneraskan beberapa falsafah kualiti di dalam budaya perkhidmatan mereka demi menjaga kepuasan pelanggan sepenuhnya.

  • Mereka mencipta dan mengenalkan tumpuan pelanggan 
  • Mereka berkomunikasi secara berkesan dengan pelanggan
  • Mereka mengekalkan tahap perkhidmatan yang telah dijanjikan kepada pelanggan

.

Taraf Perkhidmatan

.

Taraf perkhidmatan mereka mencerminkan tahap kecemerlangan perkhidmatan mereka terhadap pelanggan PruBSN.

Anda dapat lihat tahap layanan mereka yang cemerlang di mana mereka akan:

  • Melayan anda dengan sopan dan penuh hormat.
  • Berlaku adil, bersifat terbuka, responsif dan munasabah.
  • Memberikan maklumat yang tepat dan jelas dengan pantas.
  • Mengekalkan tahap ketelusan, integriti dan profesionalisme tertinggi.

.

Teras Komitmen

.

Teras 1: Takaful Mudah Diakses

.

Mereka akan menjadikan produk takaful mudah diakses melalui pelbagai saluran tidak kira secara fizikal mahupun atas talian.

.

Ini untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat, mengambil bahagian atau membuat pertanyaan.

.

PruBSN juga akan sentiasa dapatkan maklum balas atau feedback daripada pelanggan untuk memastikan perkhidmatan mereka sentiasa terjamin kualitinya.

.

Teras 2: Mengenali Pelanggan Kami

.

PruBSN akan berusaha untuk membantu pelanggan dalam mencari produk yang bersesuaian dengan keperluan perlindungan anda.

.

Teras 3: Perkhidmatan Yang Tepat Pada Masanya, Telus dan Cekap

.

Mereka mensasarkan 80% pelanggan akan dilayan dalam tempoh perkhidmatan dan garis masa yang ditetapkan.

Mereka juga akan menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap pelanggan dan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin.

Selain itu, mereka akan menetapkan jangkaan masa yang jelas untuk melaksanakan sesuatu jenis perkhidmatan yang ditawarkan.

Perkhidmatan sijil juga akan dilaksanakan dengan cekap dan mereka akan menyediakan dokumentasi dengan pantas.

Penyampaian sijil tersebut juga akan dilakukan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Di samping itu, segala aduan dan pertanyaan pelanggan juga akan dilayan dengan baik dan respons juga akan diberikan secepat mungkin.

.

Teras 4: Penyelesaian Tuntutan Yang Adil, Telus dan Tepat Pada Masanya

.

Pelanggan akan diberikan tempoh masa yang jelas bagi proses penyelesaian tuntutan dan mereka akan berusaha untuk menyelesaikan segala tuntutan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dengan jujur.

Jika terdapat masalah dalam tuntutan atau penolakan tuntutan, mereka akan memaklumkan kepada pelanggan dalam kadar segera.

.

Kesimpulan

.

Demikianlah perkongsian kami mengenai Takaful PruBSN secara ringkas.

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai produk atau pelan yang mereka tawarkan, boleh terus hubungi pihak Prudential BSN Takaful Berhad untuk mendapatkan penjelasan daripada pakar mereka.

Semoga artikel ini dapat membantu anda sekiranya anda berhasrat untuk mendapatkan perlindungan untuk diri anda dan keluarga.