Takaful IKHLAS telah mula bertapak di dalam industri Takaful sejak 18 September 2002 lagi dan dikenali dengan Takaful Ikhlas Sdn. Bhd pada ketika itu dan statusnya kemudian bertukar menjadi Berhad pada 5 Mei 2014.
Takaful IKHLAS merupakan sebuah institusi yang menawarkan servis perlindungan kewangan yang berlandaskan prinsip dan hukum syariah.
Pada 30 November 2018, Takaful Ikhlas Berhad telah membahagikan lesen takaful kompositnya kepada dua badan yang berbeza iaitu Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad.
Pertukaran ini adalah seiring dengan syarat perundangan di bawah Islamic Financial Services Act, 2013 (IFSA).
Takaful Ikhlas Berhad telah bertukar nama kepada Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS Family) dan menguruskan perniagaan takaful keluarga.
Perniagaan takaful amnya diuruskan oleh entiti yang baru iaitu dinamakan Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS General)
Takaful IKHLAS menawarkan pilihan produk takaful keluarga dan am yang luas.
Saluran pengedarannya terdiri daripada ejen-ejen terlatih yang berpengetahuan tinggi, broker, institusi kewangan, pemegang francais motor, dan syarikat koperasi.
Setakat ini, Takaful IKHLAS mempunyai 13 cawangan dan mempunyai sekitar 2 juta pemegang polisi berdaftar dan lebih 5000 ejen.
.
Kepimpinan Takaful Ikhlas
.
Berikut adalah ahli-ahli dalam Lembaga Pengarah bagi Takaful IKHLAS Family Berhad:
- Datuk Johar Che Mat : Non-Independant Non-Executive Chairman/Director
- Zaharudin Daud : Non-Independent Executive Director
- George Oommen : Independent Non-Executive Director
- Woon Tai Hai : Independent Non-Executive Director
- Noor Rida Hamzah : Independent Non-Executive Director
- Shareen Ooi Bee Hong, K.M.N : Independent Non-Executive Director
.
Berikut adalah ahli-ahli dalam Lembaga Pengarah bagi Takaful IKHLAS General Berhad:
- Datuk Johar Che Mat : Non-Independent Non-Executive Chairman/Director
- Zaharudin Daud : Non-Independent Executive Director
- Rosinah Mohd Salleh : Independent Non-Executive Director
- Arul Sothy Mylvaganam : Independent Non-Executive Director
- Woon Tai Hai : Independent Non-Executive Director
- Dato’ Amiruddin Abdul Halim : Independent Non-Executive Director
- Dr. Wan Zamri Wan Ismail : Independent Non-Executive Director
.
Fokus Takaful Ikhlas
.
Kami di Takaful IKHLAS bertujuan untuk menyediakan perlindungan Takaful Keluarga dan Am yang menyeluruh.
Kami mengutamakan inovasi produk disertakan dengan kelebihan yang unik untuk kekal relevan di pasaran.
Produk perlindungan Keluarga kami menfokuskan pelan yang melibatkan simpanan atau pelaburan dan pelan perlindungan gadai janji.
Perlindungan am yang ditawarkan adalah bercirikan pelan inovatif untuk melindungi harta benda seperti kenderaan, bangunan dan aset yang lain.
Dalam perancangan masa panjang, kami akan terus meluaskan pilihan produk untuk terus memenuhi kehendak pelanggan kami.
Pelan-pelan ini dirangka untuk disesuaikan dengan pelbagai kategori pelanggan, daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuklah pasaran luar bandar.
Khidmat kami juga disokong oleh teknologi terkini yang dapat memastikan ketepatan maklumat sentiasa terjamin.
.
Sistem Yang Digunakan Takaful IKHLAS
.
Antara sokongan yang Takaful IKHLAS ada adalah:
.
a.Sistem Point of Sales (I-POS)
.
Sistem ini menyediakan pautan secara terus kepada quotation dan ilustrasi jualan, di mana dalam kes ini adalah polisi boleh ubah.
Ia juga boleh menjana Analisis Keperluan Kewangan, underwriting atas talian dan pengesahan.
.
b. e -Non Motor
.
Syarikat Takaful IKHLAS telah memperkenalkan e-Non Motor sebagai langkah dalam usaha untuk menambah saluran transaksi yang baru.
.
c. Electronic Claim Estimation System
.
Sistem ini boleh mengantar anggaran dan informasi tuntutan antara Takaful IKHLAS, pihak pembaiki motor dan pihak pelaras luaran.
Semua tuntutan boleh diproses dan diluluskan dalam tempoh 24 jam.
.
Kesimpulan
.
Menerusi kerjasama dan tanggungjawab bersama di antara peserta takaful, ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan meringankan beban mereka jika ditakdirkan musibah menimpa.
Apa yang dikongsikan pada kali ini merupakan pengenalan bagi syarikat Takaful IKHLAS secara ringkas.
Anda boleh terus hubungi pihak Takaful IKHLAS jika anda inginkan maklumat yang lebih terperinci.