Apakah sebenarnya maksud Takaful yang sering disebut-sebut oleh ramai orang sekarang ni?

Kalau anda nak tahu, perkataan takaful ini diambil daripada perkataan bahasa Arab “kafala” yang membawa maksud tanggungjawab, tanggungjawab bersama atau menjamin antara satu sama lain.

Islamic Financial Service Act (IFSA) 2013 pula menafsirkan Takaful sebagai suatu perkiraan yang berunsurkan pertolongan kerjasama peserta takaful yang bersetuju untuk menyumbang kepada satu kumpulan wang yang sama.

Kumpulan itu menyediakan manfaat atau benefit kepada peserta takaful atau waris mereka jika berlaku kejadian yang telah dipersetujui terdahulu.

Syarikat Takaful IKHLAS merupakan antara contoh kumpulan wang yang disebut tadi.

Mereka menyediakan pelbagai produk perlindungan kewangan kepada pemegang polisi yang telah membuat persetujuan dengan mereka.

.

Kelebihan Takaful Ikhlas

.

a. Kepelbagaian produk takaful dan saluran pengedaran yang cekap

.

Syarikat Takaful IKHLAS menawarkan pelbagai produk perlindungan kewangan keluarga dan am yang memberi perlindungan secara menyeluruh melalui ejen-ejen yang terlatih dan berpengetahuan tinggi, para broker, institusi kewangan yang dipercayai, pemegang francais motor dan syarikat koperasi.

Takaful IKHLAS juga mempunyai 13 cawangan dan sekitar 2 juta pemegang sijil yang berdaftar serta lebih 5000 ejen.

.

b. Para ejen yang bermoral dan mematuhi etika

.

Ejen-ejen terlatih syarikat Takaful IKHLAS adalah jujur dan amanah dalam urusan mereka dengan pelanggan.

Mereka mengamalkan sikap berterus terang dan mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi, menyebabkan mereka berpegang pada janji dan bersungguh-sungguh dalam tanggungjawab mereka sebagai ejen takaful.

.

c. Manfaat Waqf dan pembiayaan percuma untuk semua

.

Kesemua pemegang polisi yang berdaftar dengan syarikat Takaful IKHLAS akan mendapat manfaat Waqf dan pembiayaan percuma.

Ini bermaksud tabung Waqf hasil daripada sebahagian untung syarikat akan diberikan kepada peserta-peserta takaful yang ditimpa musibah mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

.

Produk Takaful IKHLAS

.

Berikut adalah sebahagian daripada produk yang ditawarkan di Takaful IKHLAS:

.

a. Motor

.

Ini merupakan perlindungan kewangan yang meliputi kenderaan bermotor anda.

Sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kerugian atau kerosakan pada kenderaan anda, anda boleh menuntut pampasan perlindungan ini untuk membiayai kos ganti rugi atau baiki kenderaan anda.

Pampasan juga boleh dituntut sekiranya berlaku kematian atau kecederaan anggota badan oleh pihak ketiga.

.

b. Kembara

.

Anda boleh mendapatkan perlindungan kembara jika anda berhasrat ingin melancong atau berjalan samada di dalam atau luar negara.

Terdapat juga pelan yang anda boleh ambil untuk perlindungan ketika menunaikan haji.

Nilai pampasan yang boleh dituntut adalah sebanyak RM20,000 untuk orang dewasa dan RM5,000 untuk kanak-kanak jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal disebabkan kemalangan ketika mengembara.

.

c. Perlindungan Kediaman

.

Ini antara produk perlindungan yang orang biasa ambil untuk meringankan beban kewangan sekiranya musibah melanda rumah.

Terdapat pelan yang melindungi isi rumah dan kediaman jika berlaku kerugian yang disebabkan kebakaran,, kilat, banjir dan sebagainya.

Pelan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) juga boleh diambil untuk bantu selesaikan hutang rumah jika berlaku kematian sakit kritikal atau cacat menyeluruh dan kekal kepada pemilik rumah tersebut.

.

Kesimpulan

.

Syarikat Takaful Ikhlas sememangnya antara syarikat takaful yang menawarkan perlindungan kewangan yang terbaik dan sah di sisi syarak.

Banyak kebaikan dan manfaat yang anda boleh dapat sekiranya anda membuat caruman takaful dengan mereka.

Diharap perkongsian kali ini dapat memudahkan anda dalam membuat keputusan untuk mengambil pelan takaful dan membuat perlindungan untuk diri anda dan keluarga.

Semoga bermanfaat dan selamat mencarum!