Mesti anda pernah didekati rakan-rakan yang menjual insurans atau takaful untuk mempromosikan pelan-pelan insurans mereka.
Namun, ada buat tak endah je dengan approach mereka bukan?
Sebenarnya, jika anda mempunyai medical card ini, banyak manfaat dan faedah yang anda boleh nikmati berbanding tiada medical card.
Dalam perkongsian kali ini, kami ingin menceritakan kepada anda tentang kebaikan dan kepentingan anda memiliki medical card sebagai perlindungan di waktu musibah menimpa.
Perkara paling utama untuk anda tahu tentang mengambil medical card ialah anda hanya boleh mendaftar semasa anda sihat shaja.
Ini adalah kerana syarikat insurans tidak akan menanggung kos rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada pada anda.
Jika anda ingin mencarum selepas disahkan menghidap penyakit, permohonan anda memang akan ditolak.
Bayaran untuk caruman peserta insurans juga bergantung kepada risiko kesihatan peserta seperti gaya hidup, umur, pekerjaan dan jantina.
.
Kepentingan Medical Card
.
Berikut adalah beberapa kepentingan medical card yang perlu anda tahu:
.
- Pengekalan aset
.
Jika berlakunya sesuatu musibah seperti yang terdapat dalam perjanjian insurans seperti penyakit dan sebagainya, anda tidak perlu mengeluarkan wang simpanan untuk membiayai kos rawatan hospital yang mahal.
Walaupun hospital kerajaan menyediakan khidmat rawatan dengan harga yang lebih rendah berbanding hospital swasta, namun anda masih perlu menanggung sendiri sebahagian daripada kos rawatan tersebut.
Misalnya kos rawatan anda memakan belanja sebanyak RM100,000, anda masih perlu membayar sejumlah wang yang besar kepada hospital.
Jika anda memiliki medical card, anda boleh saja pergi ke hospital panel swasta yang lebih cepat servisnya dan syarikat insurans akan menanggung kos rawatan anda selagi nilai kosnya tidak melebihi had tahunan anda.
.
- Malang tak berbau
.
Seperti yang telah diperkatakan tadi, syarikat insurans hanya akan menanggung kos rawatan untuk penyakit yang anda belum ada.
Bukan meminta, tapi misal kata hari esok atau lusa anda disahkan menghidap penyakit yang rawatannya memakan kos puluhan ribu.
Pasti akan rasa menyesal kerana tak buat caruman awal-awal.
Sebab itulah penting untuk kita mendaftar untuk menjadi pemegang polisi insurans sebelum kita sakit.
.
- Kos rawatan yang tinggi
.
Seperti yang kita tahu, semakin hari kos sara hidup semakin mencanak naik.
Begitu juga dengan kos rawatan di hospital terutamanya untuk penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya.
Waktu sihat mungkin kita tak ambil kisah, tapi jika kita berada di posisi pesakit yang memerlukan wang untuk membiayai kos rawatan yang tinggi, pasti akan menyesal jika tidak membuat caruman insurans sebelum jatuh sakit.
Terutamanya jika kita ke hospital swasta yang kos rawatannya jauh lebih mahal, padan dengan servisnya yang lebih pantas dan cekap.
Nak tak nak terpaksa gadai kereta, motor, dan mungkin rumah untuk membayar kos rawatan.
Kalau ada medical card, syarikat insurans akan tanggung kos tersebut dan anda tak perlu bayar walau sesen pun.
.
- Tanpa medical card anda boleh muflis
.
Benar, walaupun anda memiliki medical card, ini tidak akan menjadikan anda kaya raya.
Namun tanpanya, anda boleh muflis kerana akan terbeban dengan kos rawatan yang tinggi sehingga terpaksa gadaikan aset-aset anda sehingga akhirnya anda jatuh muflis.
Ini juga boleh menjadi punca orang bunuh diri kerana merasakan dirinya hanya dibelenggu masalah sehingga tiada jalan keluar.
.
- Manfaat perlindungan kesihatan tempat kerja yang rendah
.
Ada sesetengah syarikat yang menyediakan manfaat perlindungan kesihatan kepada pekerja-pekerja mereka.
Namun coverage yang diberikan tidak luas dan hanya memperuntukkan jumlah yang kecil.
Tambahan pula, manfaat ini hanya boleh dinikmati sementara anda bekerja di kilang itu sahaja.
Selepas anda pencen atau sakit sehingga tidak boleh bekerja, anda tidak lagi boleh menikmati manfaat tersebut.
Sebab inilah pentingnya untuk anda memiliki medical card sendiri tanpa bergantung kepada tempat bekerja.
.
Kesimpulan Kepentingan Medical Card
.
Walaupun anda mungkin berasa rimas dengan semua ajakan untuk membuat insurans, namun ada kebaikannya yang anda perlu lihat demi kepentingan anda di masa hadapan.
Demikianlah beberapa point penting yang anda perlu tahu tentang kepentingan memiliki medical card untuk diri anda dan keluarga. Semoga bermanfaat!